HARI PERTAMA PERJALANAN BERSAMA SHAKLEE

TARIKH : 7 APRIL 2017

Hari ini merupakan hari pertama saya sebagai pengedar Shaklee. Sebelum ini sebagai pengguna sahaja. Blog ini diwujudkan bagi merakamkan testimoni diri dan keluarga semasa menggunakan produk Shaklee.

Bacaan Hb Rendah Naik Kembali

Saya telah menjadi pengguna shaklee beberapa tahun sebelum ini. Masalah yang saya hadapi adalah bacaan Hb yang rendah semasa mengandung anak ke3. Saya sorang yang menurut sahaja apa yg diaturkan kepada saya oleh pengamal perubatan..perlu makan macam-macam vitamin, iron dan lain-lain. Tapi malangnya masih juga Hb saya rendah..rendah sehingga bacaan 7-8 sahaja..

Binggung sungguh saya memikirkan masalah ini. Kenapa badan saya tidak bertindak balas dengan vitamin2 yang diberi? Apa salah pada pemakanan saya? Salah cara makan ubat ke?

Puas saya mencari jawapan..memang sangat sukar memahami keadaan diri tanpa apa2 pengetahuan perubatan. Pertanyaan2 saya itu tinggal pertanyaan, sedangkan masa semakin suntuk..kjika darah masih kurang juga, saya perlu dimasukkan darah lain..aduhh..sampai begitu sekali ke?

Selepas puas mencari jawapan, saya diperkenalkan dengan produk shaklee. Alhamdulillah, bacaan Hb saya naik dan ketika saya melahirkan anak, bacaan Hb naik sehingga 11 berbanding 7..nurse memberitahu bahawa jarang sekali boleh naik Hb sebegini ketika kandungan mencecah berusia 9 bulan. Alhamdulillah, masalah saya selesai.

Apabila sahaja saya mengandung anak ke 4, saya memang ambil Shaklee ( Vitalea dan Vitamin C)...alhamdulillah, ketika itu buat pertama kalinya saya tiada masalah berkenaan dengan Hb. Bacaan sentiasa di paras 12-13 sehingga saya melahirkan anak.

Baru Jadi Pengedar Shaklee

Walaupun sebelum ini dah biasa makan vitalea, perasaan untuk jadi agen boleh dikatakan hampir tiada. Saya bukan nak beli selalu, sebab vitamin2 Shaklee kuantitinya banyak dan tahan berbulan-bulan. Tumpang nombor kawan pun dah cukup. Tapi, bulan lepas, mak mertua saya disahkan ada tumor otak. Umurnya mencecah 64 tahun dan beliau tidak mahu dibedah. Ini sebab yang pertama..

Kedua kerana anak2 saya diserang batuk yang sukar untuk dihilangkan..masih ada sikit-sikit dan sentiasa ada walaupun dah makan ubat. Kesian sangat kerana perlu makan banyak ubat dan berpantang banyak makanan..tiada dalam menu mereka air sejuk, ais krim, gula-gua, keropok dan lain2 seumpamanya..ada orang kata, bagi la sikit2..tak pa..tapi masalahnya yang skit tu lah jaddi penyebab saya cuti berhari-hari..menjaga mereka yang sakit berjangkit-jangkit dan sakit bergilir-gilir.

Ketiganya sebab suami saya kata tekanan darahnya agak tinggi, kolestrol dalam badan agak banyak, keletihan...oh, saya sibuk fikir berkenaan anak, terlupa pula pada dia..

Keempat, sebab diri sendiri juga..terlalu sibuk, sampai terlupa juga pada diri sendiri..ada vitamin, tapi tak sempat dan terlupa nak makan. Badan pun dah lenguh-lenguh, sakit sana sini. Nak pergi berurut pun tiada masa.

Ok, bila dah ada 4 sebab di atas ni, saya rasa elok juga saya jadi pengedar. Kalau ada cash back atau apa2 point, boleh lah digunakan nanti.

Seriously, bagi saya untuk permulaan ni, saya tutup mata sahaja dulu dgn bayaran yang saya buat untuk 2 botol Vivix dan 1 botol Vitalea for children ni..saya orang biasa saja. Memang terkesan dengan kos hidup. Tapi memikirkan kesihatan adalah mahal harganya, saya anggap ini adalah pelaburan kesihatan saya sekeluarga, insyaaallah.

Saya akan update perkembangan seterusnya.


Comments

Popular posts from this blog

Saya Dan Shaklee Vivix - Minggu Pertama